Tentangan terhadap Perkasa Pertubuhan Pribumi Perkasa

Pada 18 Mac 2010, Ibrahim Ali menyatakan akan menyaman akhbar harian The Sun. Akhbar itu menuduh Ibrahim dan Perkasa mengeluarkan kad jemputan mesyuarat agung tahunan Perkasa pada 27 Mac 2010, dengan menyebut ia akan dirasmikan oleh Sultan Selangor tanpa sebarang kebenaran baginda dan pihak istana. Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj juga dikatakan menasihatkan Ibrahim supaya jangan bersikap melampau. Sultan menerima mengadap Ibrahim Ali di Istana Mestika selama 40 minit.[9]

Pada 2 April 2010, Perkasa menuntut maaf daripada timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press. Mereka melabel Perkasa sebagai NGO perkauman. Perkasa hanyalah mempertahankan pelembagaan Malaysia.[10] Teng menyifatkan ucapan perasmian oleh Tun Dr Mahathir bersifat perkauman dan menjijikkan. Perkasa disifatkan mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama dan tidak selaras dengan 1Malaysia.[11]

Pada 3 April 2010, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak memertahankan perjuangan Perkasa. Beliau menjelaskan perkara itu ketika diwawancara oleh Fauziah Ibrahim dalam rancangan 101 East, Al-Jazeera. Perkasa bukan pelampau ekstrem.[12]